Siapa Dr. As Zulqa?

Dr. As Zulqa berkelulusan Ph.D dalam Industri Kosmetik Halal, dari salah sebuah Universiti Awam Malaysia. Beliau adalah pengasas/ founder/ brand owner kepada Zulqaas. Sepanjang kajian Ph.D nya terhadap industri kosmetik halal, beliau mendapati kesedaran masyarakat terhadap kosmetik halal & bahan-bahan yang selamat masih diĀ  takuk yang rendah. Senario ini sangat membimbangkan, kerana tanpa kesedaran yang betul terhadap bahan-bahan kosmetik yang selamat maka akan terjadilah banyak kes tersalah pakai produk samada murah atau mahal yang mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya sehingga merosakkan muka, meninggalkan trauma, menjejaskan emosi pengguna sehingga merasa rendah diri & menggugat keyakinan pengguna untuk berdepan dengan orang ramai. Salah pakai produk dengan bahan kimia merbahaya bukan sahaja mengganggu emosi mangsa, memerlukan masa yang lama untuk tempoh rawatan pemulihan, malah melibatkan belanja yang besar untuk khidmat rawatan pakar.

Menyedari hakikat itu, beliau lebih suka memberi kesedaran terhadap orang ramai supaya mengambil tahu apakah bahan-bahan di dalam sesuatu produk ‘skincare’ yang mereka gunakan tanpa terlalu mengejar kesan yang drastik terhadap kulit muka. Minatnya yang mendalam terhadap produk ‘skincare’ yang berasaskan bahan semulajadi yang halal & paling penting bahan-bahannya selamat digunakan telah mendorong beliau untuk menghasilkan Zulqaas Phytonutrients Serum. Zulqaas Phytonutrients Serum adalah serum muka yang berasaskan 10 ekstrak tumbuh-tumbuhan terbaik, terpilih dan tiada bahan kimia merbahaya (bahan kimia berbahaya). Phyto bermaksud tumbuh-tumbuhan. Phytonutrients adalah nutrients daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan.