Bagaimana Cara Menjadi Stokis Agent Dropship Produk

Mesti ramai yang nak sangat tahu bagaimana cara menjadi stokis agent dropship produk. Dalam kegawatan ekonomi sekarang bukan sahaja surirumah & student nak buat pendapatan sampingan melalui bisnes onlines, malah yang bekerja juga tidak ketinggalan mencari peluang perniagaan online sebagai pendapatan sampingan dan cara nak cari duit lebih.

Antara idea bisnes yang kurang risiko adalah dengan menjadi  wakil jualan, stokis, agent atau dropship produk contohnya produk.

Jangan risau, kami akan terangkan cara menjadi agent produk .

 

Sebelum itu kami nak tanya, adakah ANDA  tercari-cari bagaimana cara

NAK MEMULAKAN BISNES ONLINE?

NAK MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE?

NAK KERJA DARI RUMAH? sambil jaga anak, jaga keluarga, tanpa perlu hadap jem ke tempat kerja

NAK CARI PENDAPATAN SAMPINGAN?

NAK CARI DUIT LEBIH?

NAK CARI IDEA BISNES?

NAK TAHU CARA PILIH PRODUK SENANG NAK JUAL?

NAK JADI STOKIS PRODUK?

NAK JADI AGENT PRODUK?

NAK JADI DROPSHIP PRODUK?

 

Salah satu cara buat duit online mudah, senang & kurang risiko adalah dengan menjadi wakil jualan atau agent produk. Kenapa kami kata senang nak jadi agen produk?

#1 Anda tak perlukan modal yang super duper besar

#2 Anda tak perlu pening tentang strategi pemasaran/ marketing brand

#3 Anda tak perlu pening tentang R&D produk, daftar KKM, daftar sijil halal, sijil COA, sijil MSDS & banyak lagi berkaitan dengan pengeluaran produk

#4 Anda tak perlu berurusan dengan banyak pihak seperti kilang, consultant & banyak lagi

#5 Anda boleh terus menjual di platform anda yang sedia ada seperti fb, intagram, twitter, blog, youtube dll

#6 Anda boleh terus menjual dengan bantuan material/ marketing tools dari HQ

#7 Anda boleh memulakan perniagaan/bisnes online dengan zero kos marketing

#8 Boleh menjual produk secara online & offline (seperti terus kepada kawan pejabat, jiran, saudara mara,sahabat handai dll)

 

 ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK TAHU BAGAIMANA CARA MENJADI STOKIS, AGENT & DROPSHIP PRODUK KECANTIKAN? 

STOKIS

Stokis merupakan level paling atas dalam sistem agent. Ada juga sesetengah company menamakan mereka leader. 

Stokis bertanggungjawab memegang stok dalam kuantiti yang banyak & perlukan mengeluarkan modal yang agak besar berbanding agent. Disebabkan modal yang dikeluarkan agak besar maka margin keuntungan stokis adalah paling tinggi berbanding agent & dropship. 

Selalunya setiap negeri ada wakil stokis tersendiri. Contoh negeri Kelantan, ada seorang wakil stokis Kelantan. Agent di Kelantan yang ingin membeli stok boleh terus berhubung dengan stokis Kelantan bagi memudahkan urusan. Jika kawasan berdekatan lebih mudah untuk terus COD stok.

Bagi mengembangkan bisnes sendiri, stokis perlu membuat pengambilan agent di bawah mereka. Stokis perlu bijak merangka strategi pemasaran tersendiri bagi membesarkan lagi empayar bisnes mereka. 

Pengambilan agent untuk bisnes online tidak hanya tertakluk dalam negeri mereka sahaja, mereka boleh mengambil agent dari seluruh Malaysia juga luar negara. Selalunya agent lebih suka memilih stokis yang mereka selesa untuk berurusan. 

Stokis juga perlu proaktif untuk melatih agent di bawah mereka bagi membuat jualan. Stokis yang berjaya tidak hanya bergantung pada marketing tools dari HQ, mereka sendiri sudah pandai untuk menyediakan marketing tools untuk team agent mereka. Selain itu mereka juga sentiasa ada semangat ingin belajar ilmu bisnes online & upgrade dari masa ke semasa.

Stokis boleh membuat team agent & dropship mereka sendiri. Stokis juga boleh menjual retail kepada pelanggan (tertakluk pada polisi syarikat masing-masing). Stokis tidak semestinya mempunyai premis atau kedai untuk menjual, mereka juga boleh bekerja dari rumah sahaja.

Stokis mendapat keuntungan & pulangan yang tinggi. Modal stokis boleh bermula dari ribuan ringgit hingga ratusan ribu ringgit, bergantung pada brand apa yang dijual.

 


AGENT

Menjadi agen produk hanya memerlukan modal yang rendah berbanding stokis, tidak sampai ribuan ringgit seperti stokis produk. Selalunya modal agen hanyalah ratusan ringgit sahaja. Sesuai untuk mereka yang baru nak memulakan bisnes online/ perniagaan online dengan modal rendah atau mereka yang sudah biasa menjual pelbagai produk dari pelbagai brand atau jenama lain

Ada juga agen yang asalnya adalah customers/ pelanggan yang berpuas hati dengan produk, kemudian bertukar menjadik agen produk. Ini kerana mereka percaya dengan keberkesanan produk, jadi sambil menggunapakai produk boleh juga ada pendapatan sampingan.

Margin keuntungan agen juga agak tinggi. Jika agen pandai menguruskan kewangan dan stok, mereka boleh melipat gandakan keuntungan dengan menambah bilangan stok seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. Agen juga boleh upgrade ke level stokis untuk pendapatan yang lebih lumayan.

Untuk mengembangkan bisnes sendiri, agen boleh mengambil dropship di bawah mereka. Agen juga perlu bijak merangka strategi pemasaran tersendiri bagi memperbanyakkan lagi dropshipper mereka. 

Bila ramai dropshipper, stok pun makin laju keluar & pendapatan bertambah. Agen produk boleh berada di seluruh Malaysia & luar negara. Agen yang proaktif bukan sahaja menghantar produk melalui 'postage', mereka juga sering melakukan COD di sekitar kawasan berdekatan mereka. Kerana ada juga customers/ pelanggan yang suka membeli secara COD.

Ini CONTOH pengiraan keuntungan agent (bukan harga sebenar):

1 botol=untung RM20

1 hari X 10botol X RM20  = untung RM200 

30 hari X 10botol X RM20 = untung RM6,000

 

BAYANGKAN SETIAP BULAN ANDA ADA PENDAPATAN SAMPINGAN & DUIT LEBIH SEPERTI DI ATAS.....silap-silap boleh kalah gaji orang yang berpendapatan tetap.

 

DROPSHIP

Dropship produk boleh bermula tanpa sebarang modal. Ada juga brand yang meletakkan syarat yuran pendaftaran kurang dari seratus sebagai pendaftaran dropshipper tanpa sebarang stok. Ini dinamakan yuran komitmen. Menjadi dropship produk adalah salah satu idea bisnes bijak bagi mereka yang tidak sukakan risiko.

Kelebihan dropship adalah tidak perlu memegang stok produk, tak perlu membalut parcel bungkusan & tak perlu keluar untuk pengeposan atau COD. 

Dropshipper boleh bekerja dari rumah dengan hanya mempromosikan produk di media sosial mereka (fb, insta) atau blog atau youtube. Apabila ada pelanggan membuat pembelian dari dropshipper, agent akan membuat pengeposan & komisen dropshipper akan dibayar.

Ini CONTOH pengiraan keuntungan dropship (bukan harga sebenar):

1 botol=komisen RM10

1 hari X 5botol X RM10  = komisen RM50 

30 hari X 2botol X RM10 = komisen RM600

 

BAYANGKAN.....TANPA SEBARANG MODAL MEMBELI STOK, TANPA PERLU PEGANG STOK PRODUK, TANPA PERLU POS @ COD...hanya kerja dari rumah anda dapat menjana pendapatan seperti di atas! Lumayan bukan

 

 

Kelebihan Menjadi Stokis/ Agen/ Dropship

#1 Support dari HQ

#2 Bahan promosi ada disediakan namun agen perlu berusaha juga untuk update marketing tools sendiri

#3 Product knowledge dari HQ

#4 Margin keuntungan berbaloi-baloi

#5 Boleh bekerja dari rumah

#6 Boleh menjual secara full time @ part time kerana terbuka untuk surirumah, student & juga yang bekerjaya

#7 Syarat-syarat secara terperinci bergantung pada polisi syarikat sesuatu brand itu sendiri

Selain menjadi agen produk yang mengunakan sistem stokis, agen & dropship seperti di atas...ada satu lagi cara mencari pendapatan sampingan, nak cari duit lebih, nak menjalankan perniagaan online & kerja dari rumah sambil jaga anak-anak & keluarga tanpa perlu hadap jem & stress kerja.

Cara mendapatkan pendapatan sampingan, cari duit lebih & kerja dari rumah ini jauh lebih senang daripada menjadi agen produk fizikal yang memerlukan anda mengeluarkan modal & memegang stok @ inventori. 

Hanya dengan goyang kaki sambil buat promosi pun dah boleh jana pendapatan sampingan setiap bulan. Selain itu anda tak perlu beli stok & pegang stok produk, tapi anda tetap boleh buat duit tepi.

Jadi adakah anda dah bersedia nak tahu apakah cara itu?

Pernahkah anda dengar tentang affiliate?

Apa itu affiliate? Apa pula affiliate marketing?

 

 

Maksud Affiliate

Affiliate atau Affiliate marketing adalah proses mendapatkan komisen dengan mempromosikan produk orang lain (atau syarikat). Anda menjumpai produk yang anda suka, daftar sebagai affiliate, mempromosikannya melalui internet/ online kemudian memperoleh sebahagian keuntungan untuk setiap transaksi jualan yang berjaya.

Jadi, afilliate adalah cara mempromosikan, mengiklankan & memasarkan produk samada produk fizikal atau produk digital di internet. 

Produk fizikal adalah produk yang anda boleh nampak di depan mata, boleh disentuh, dipegang dan digunakan. Contoh produk fizikal seperti buku, dvd, pendrive dll. 

Manakala produk digital adalah produk yang boleh dilihat tetapi tidak boleh disentuh ianya hanya boleh di install melalui telefon (handphone), laptop, komputer & sebagainya. Contoh produk digital seperti e-book, audio, mp3, software dll. Cara mudah buat duit online dengan affiliate marketing ada diterangkan di bawah. 

Apabila anda ingin menjadi affiliate, anda perlu buat pendaftaran untuk menjadi affiliate. Kemudian anda akan diberikan link yang mempunyai URL & ID anda sahaja. Link itu anda akan promosikan di internet samada di website, youtube & blog anda ataupun promosikan di media sosial anda seperti fb, instagram, twitter, tik tok dll. 

Jika ada orang membeli melalui link affiliate anda, anda akan mendapat komisen. Komisen pula bergantung pada jenis produk yang anda jual.

Bezanya dengan agen produk lain, sebagai affiliate anda menjadi agen produk orang tanpa mengeluarkan modal & tanpa memegang stok. Dengan kata lain, anda akan menjana pendapatan daripada komisen affiliate kerana anda bertindak sebagai orang tengah atau agen yang membantu mempromosikan produk orang. 

Bahasa mudahnya anda buat sedikit marketing, sebarkan link affiliate anda kat sosial media...ada orang klik & ada orang beli dari link affiliate anda......Nah! anda dah berjaya dapat komisen.,

Kelebihan Affiliate

  • Tak perlu modal @ percuma pendaftaran
  • Mudah untuk bermula
  • Tiada risiko kerugian
  • Komisen & keuntungan berbaloi
  • Kerja dari rumah
  • Kerja fleksibel, ikut masa kita
  • Tak perlu simpan stok produk @ inventori
  • Tak perlu pos barang
  • Tak perlu melayan pertanyaan prospek
 

KINI TAHUKAH ANDA 

ADA BISNES YANG TAK PERLU KELUAR MODAL PUN

UNTUK BELI 

STOK RATUSAN RINGGIT MAHUPUN RIBUAN RINGGIT

 NAMUN

ANDA BOLEH BUAT DUIT 4 ANGKA - 5 ANGKA SEBULAN!

KLIK SINI UNTUK JOIN BISNES 4 ANGKA -5 ANGKA SEBULAN!

Dengan bisnes ini anda akan mendapat segala kelebihan stokis, agen dan dropship secara sama rata. Ia adalah berkali ganda lebih baik daripada sistem agen produk tempatan yang sering kali anda lihat selama ini.